Monday, February 16, 2015

Sebelum memulakan perjalanan, hidupkan injin dan tunggu sehingga injin melahu padar kadar RPM
yang normal kemudian baru jalan.

Sebelum hidupkan injin, onkan suis dan tunggu apa-apa lampu yang sepatutnya padam sebelum injin hidup terutama kalau pakai satria GTI, pastikan lampu "engine check" padam sebelum hidupkan injin.

Bila injin dah hidup jangan terus jalan. Tekan brek dan lepas kemudian jalan ke depan sedikit dan tekan brek, jika kereta berhenti, baru boleh jalan sambung jalan.

Kawan saya pernah terjadi, masuk kereta, start injin terus jalan. Sampai simpang tekan brek, kereta tak berhenti jadi dia berhenti dengan bantuan belakang wira aeroback dan kena bayar RM1000 untuk tukar bumper, lampu belakang wira aeroback tu.



Next
This is the most recent post.
Previous
Older Post

0 comments:

Post a Comment